Salam Ramadhan Tahun 2020 🤗

Hai Assalamualaikum... Harini 27 April 2020 (Isnin) bersamaan dengan puasa saya hari yang ke dua. Hee..  Lambat start puasa sebab sis memerlukan kecekalan hati. Iya lah... Bukan kebiasaan saya nak berpuasa sebulan kan. Kita baru nak kenal-kenal dengan Islam ni...kena start slow²... Pelan-pelan kayuh kata orang.

Semalam hari Ahad, saya puasa tapi tak sahur 😅 Terlajak tidur tak sedar bunyi alarm. Sedar-sedar je dah 7am. Haha. Takpelah... Sebab hari sebelum tu dah niat dah nak berpuasa, kita teruskan jelah. Cuma... Saya rasa kosong sebab saya berpuasa tapi saya takda ibadah kepada Allah. Hmm... So.. Saya pun buka Youtube, pasang lagu zikir yang memang ada playlist dalam Youtube. Lebih kurang 11 minit macam tu. Ok lah kan. At least ada juga lagu-lagu pujian buat Allah... Kalau ada cara lain, nak juga saya cuba... Mungkin saya patut baca ayat-ayat Al-Quran...tapi yang translate bahasa Malaysia lah.

So.... Sebenarnya tujuan tulis blog harini sebab nak share menu saya berbuka... Haa...harini menu berbuka puasa saya,

"Sambal Ikan Bilis + Kentang"

Tu pun sebab tengok resipi dekat blog aziekitchen. (https://www.aziekitchen.com) Love sangat dengan blog kak Azie. Kalau takde idea nak masak apa, mesti akan search dekat blog aziekitchen.. .Lepas tu try satu persatu resipi mana yang rasa confident nak buat.

Bahan;
Bawang merah
Bawang putih
Sambal tumis
Ikan bilis (goreng dulu)
Kentang (goreng dulu)
Garam
Gula
Perencah secukupnya rasa ( yang ni tak boleh tinggal)

Nak cerita ke cara buat dia. .?  Hm.... Cerita sikit jelah eh. Saya ni tukang masak asal jadi jee ni.
Mula panaskan minyak, tumis bawang merah+bawang putih sampai naik bau.. Lepas tu, masuk sambal tumis sikit.. Taknak letak banyak sebab tak suka pedas sangat. Selalu kalau ikut cara mak dekat rumah..., dia akan letak asam jawa atau asam keping... Tapi, sebab saya terlupa beli, saya tumis gitu jelah. Tambah air sikit, masuk kentang yang dah digoreng. Gaul dengan sambal... Masuk garam, gula, perencah secukupnya rasa. (Rasa lah sikit bagi balance) Kalau rasa dah ok, baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi.....  And.....


dah siap dahhh..... Tadaaaa~

Untuk harini, maka lengkaplah puasa hari ke 2 saya. Nanti, tiap kali saya masak, saya nak share dekat blog lah... Rasa seronok pulak sharing macam ni. Hmmmm....  Tiba-tiba terfikir..., kalau saya diajak ke rumah "bakal mak mertua" saya... ,agak² apa yang patut saya masak nak bawa sana...?  Hmmm.... Risau lah. Kena improve cepat² skill memasak ni... Nak pikat hati bakal mak mertua pulak.. 😂

Ok lah. Setakat ni je cerita saya harini. Jumpa lagi dengan topik baru... Byee...

Comments

Popular posts from this blog

Pertama kali mencuba My Clinic!!

Love Edition